Monday, November 24, 2014

Palanivel Penakut?


CAMERON HIGHLANDS - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel mengakui kewujudan dan mengenali dalang yang terlibat dalam penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands, tetapi tidak boleh ‘bercakap banyak’.
Aktiviti haram itu terdedah luas baru-baru ini bila berlaku bencana banjir kilat berlumpur dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.
Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, walaupun mempunyai bukti bergambar beliau tidak boleh ‘bercakap banyak’ atau mendedahkan lebih banyak mengenai perkara itu.
“Dulu kira-kira 20 tahun lalu, Cameron Highlands kawasan terpelihara. Tidak ada penerokaan tanah haram. Pertanian cukup baik dan petani mengusahakan pertanian menguntungkan. Mereka eksport hasil ke Singapura dan negara-negara lain pada nilai hingga RM2 bilion.
“Namun begitu, sekarang sesuatu berlaku. Saya masih tidak dapat mengawalnya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. - Bernama

No comments:

Post a Comment