Wednesday, November 5, 2014

MSN Hancur Di Bawah Khairy Jamaluddin

Kementerian Belia dan Sukan secara tersirat menyalahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkeples Embong atas kegagalan dan pelbagai masalah yang melanda skuad Negara di sukan Komanwel 2014 dan sukan Asia 2014.

Iklan menggantikan beliau sudah muncul di dada akhbar dan tidak mustahil Menteri Belia dan Sukan sudah mempunyai calon dan iklan ini sekadar mengaburi mata orang ramai semata.

Melihat secara kasar memang wajar Zolkeples disalahkan memandangkan MSN merupakan badan induk mengawasi perkembangan dan kemajuan atlet Negara untuk kejohanan besar.

Namun yang menjadi persoalan, mengapa hanya kali ini skuad negara mempunyai pelbagai masalah daripada isu prestasi merosot, gagal ujian dadah sehinggalah kepada pengurusan kontinjen yang sangat lemah.

Mengapa hal yang sama tidak menonjol beberapa tahun lalu sedangkan individu yang sama mengetuai MSN?

Bagaimana orang yang menguruskan pasukan Negara ke kejohanan besar dengan baik dan berjaya (jika tidak mau dianggap cemerlang) di bawah Shaberry Cheek sekarang dianggap gagal sekelip mata?

Masalah pengurusan atlet Negara berpunca daripada Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah menganggu pengurusan Majlis Sukan Negara yang professional sebelum ini.

Sebanyak 11 perjawatan MSN yang sepatutnya diisi oleh pegawai professional digantikan dengan pegawai Khas Menteri Belia dengan peruntukan sekitar RM 80 ribu sebulan.

Ini menyebabkan MSN mengalami kekurangan tenaga kerja bagi memantau dan membantu atlet-atlet Negara.

Selain itu, pada dua kejohanan besar Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang lalu Khairy Jamaluddin secara peribadi memotong nama-nama pegawai, fisioterapi dan jurulatih di bawah MSN daripada senarai delegasi sukan terbabit.

Bajet dan tempat para pegawai ini telah digunakan untuk membawa kroni-kroni politiknya ke sukan terbabit.

Justeru tidak hairanlah MSN tidak lagi berfungsi sebagai satu badan sukan yang cekap seperti sebelum ini. Malangnya, Zolkeples dijadikan kambing hitam oleh KJ.










No comments:

Post a Comment