Tuesday, November 11, 2014

Gagal Ujian Dadah, Mengapa ISN Dipertahankan?

Institut Sukan Negara (ISN) ditubuhkan dengan tujuan menjadi peneraju kepada kecemerlangan sukan negara melalui Sains Sukan.

Dengan kata lain ISN mengetuai sebarang penyelidikan saintifik bagi meningkatkan kualiti atlet dan mengawal selia perubatan atlet yang cedera.

Justeru sangat tidak masuk akal untuk ISN mencuci tangan dan tidak mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan ujian dadah ke atas Dato Lee Chong Wei dan sebelum ini atlet negara di Sukan Asia.

Lebih serius mengapa Menteri Belia Dan Sukan mempertahankan ISN sebagai tidak bersalah sedangkan beliau begitu lantang menyalahkan Pengarah MSN, Dato Zolkeples dalam kegagalan Sukan Asia?

Kegagalan ujian dadah secara berturut-turut di kalangan atlet negara di bawah pengawasan Dr Ramlan Aziz menimbulkan tanda tanya dan kesangsian mengenai keberkesanan agensi terbabit.

Lebih mengejutkan ialah pendedahan Lee Chong Wei bahawa beliau positif bahan terlarang akibat menerima suntikan perubatan semasa di bawah pengawasan ISN.

Sungguhpun ISN memberi alasan ia dilakukan oleh panel doktor luar, namun ia seharus mengambil tanggungjawab kerana berlaku di bawah pengawasan mereka.

Apa guna mewujudkan ISN dengan kos jutaan ringgit setahun tetapi gagal mengawasi penggunaan ubat terlarang di kalangan atlet bawah jagaan mereka sendiri.

Dr Ramlan juga sebenarnya sudah diketepikan dari ISN sebelum Khairy menjadi Menteri Belia dan Sukan memandangkan beliau gagal meningkatkan keberkesanan ISN setelah beberapa lama menguruskan agensi terbabit.

Malangnya Ramlan dibawa masuk semula Khairy kerana dikatakan mempunyai hubungan keluarga beliau.

Seperti kata artikel di bawah, mengapa ISN tidak mendapat sebarang kritikan Khairy ketika agensi ini memalukan negara di seluruh dunia. Lebih baik kalah dari "terkantoi" ujian dadah.

Apakah Menteri Belia dan Sukan sekarang hanya mementingkan kroni tanpa mengambil kira kepentingan negara?

No comments:

Post a Comment