Monday, November 10, 2014

Idris Jusoh Tidur Selamanya?

Sehingga hari ini Kementerian Pendidikan belum mengambil tindakan mahu pun menjalankan siasatan ke atas tuduhan  isu plagiat yang dikaitkan dengan Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah seperti yang didedahkan beberapa hari lalu.

Ini tuduhan lebih besar daripada kisah Presiden Persatuan Mahasiswa UM sokong Anwar Ibrahim. Lebih besar dari kes kebocoran soalan UPSR.

Malangnya, Menteri Pendidikan II ini masih membisu seribu bahasa.  Menteri Pendidikan I tentulah sibuk dengan pelbagai tugasan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan hubungan antarabangsa.

Jika perkara semacam ini Menteri Pendidikan II gagal bertindak dan menyiasat apa lagi yang tinggal di Kementerian Pendidikan ini.

Sejak Idris Jusoh berada di Kementerian ini dari kes paling rendah - isu bocor soalan UPSR - hinggalah kepada seorang dekan dituduh menyiapkan tesis dengan copy & paste dari sebuah buku.

Tidak cukup itu, Idris Jusoh juga dikatakan bersubahat dengan Naib Canselor (NC) Universiti Malaysia Kelantan apabila menerima penjelasan NC terbabit bahawa tiada isu plagiat dan telah disahkan oleh Universiti Veinna, Austria.

Mana dia surat atau emel pengesahan tersebut?

Mung buat apa mat deris kat Kementerian tu? Makang gaji buta?

No comments:

Post a Comment