Saturday, November 8, 2014

Profesor dituduh ciplak tesis, Menteri Pendidikan 1 & 2 Tidur?

Sudah 5 hari kecoh isu Prof Abu Hassan Hasbullah ciplak buku orang jadikan sebahagian tesis PhD beliau di Universiti Vienna, Australi. Ada menteri komen? Menteri senyap sahaja. Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan pula mahu tutup kes sebab kawan beliau.

Apa nasib Timbalan Dekan yang buat aduan? Bukan sahaja aduan plagiat malah aduan salah guna kuasa, rasuah dan penipuan. Semuanya 155 pertuduhan langsung tidak layak diadakan pendengaran dan perbicaraan?

Paling besar tentulah kisah beliau ciplak buku penulis lain dan menjadikannya ia lokal. Benarkah Kementerian Pendidikan yang sudah teruk kena belasah pasal kebocoran soalan UPSR meminta media masa mendiamkan sebentar isu ini?

Hanya suara.tv yang berani melakukan pendedahan berturut. Lain-lain semua diam membisu sejuta bahasa.

Apa kejadah kementerian ini sekarang? Berikut ialah aduan yang dikemukakan oleh Timbalan Dekan Fakulti ke atas Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.


Senarai penipuan, salah laku dan pengakuan yang dilakukan oleh Dekan Abu Hasan


1-      Menipu dalam thesis PhD beliau bahawa terdapat sebuah universiti bernama “Universiti Manggis” di Malaysia

 

2-      Mendakwa menerbitkan karya ilmiah dalam sebuah jurnal bernama “jurnal manggis” dalam thesis PhD, tidak ditemui jurnal bernama sedemikian dalam dunia akademik.

 

3-      Mengaku pakar dalam bidang filem, teknologi, sastera, arkitek tapi tidak dapat menunjukkan apa-apa buku tulisannya dalam apa-apa bidang semasa professorial talk.

 

4-      Mengaku memenangi pertandingan tulisan kreatif dalam mesyuarat fakulti tapi tak dapat menunjukkan apa-apa novel, cerpen, syair atau sajak sebagai bukti

 

5-      Merendah-rendahkan staf FTKW yang tak dapat menyiapkan PhD dalam masa 3 tahun sebagai lembab dan menghabiskan harta kerajaan.

 

6-      Mengaku dapat menyiapkan PhD dalam masa 1 tahun 8 bulan tanpa memberikan apa-apa bukti.

 

7-      Mengaku sebagai kerabat di raja Kelantan, masa kecil dipelihara di istana bersama sultan.

-          Mendakwa membuat panggilan direct ke sultan mengajak baginda menonton filem “monsun”

-          Mendakwa membuat panggilan direct ke sultan untuk membatalkan program menonton filem “monsun” kerana pada malam itu hujan lebat.

-          Mengaku sangat rapat dengan sultan hinggakan sultan menghadiahkan kereta Honda yang digunakannya sekarang.

-          Mengaku kereta tersebut “tidak makan saman” kerana didaftar guna alamat istana Kelantan.

 

8-      Mengaku beliaulah yang merekabentuk kereta Mercedec  Compressor

 

9-      Mengaku beliaulah yang  merekabentuk iPod Nano

 

10-   Mengaku beliaulah yang  merekabentuk dan membangunkan website bagi universiti Vienna.

 

11-   Membuat jadual yang penuh dengan conflict dan masa bertindan semester lepas. Ada kelas yang bermula di Minggu ke 7.

 

12-   Membuat jadual yang penuh dengan conflict dan masa bertindan semester ini. Masih bermasalah hingga Minggu ke 6.

13-   Membuat kenyataan “dekan tidak mungkin silap” dalam hampir ke semua mesyuarat fakulti.

 

14-   Membuat kenyataan “semua keputusan yang saya buat tak pernah silap sepanjang hidup saya”

 

15-   Menipu pelajar undergrad bahawa mereka perlu membaca 70 buah buku untuk lulus final year project.

 

16-   Menengking kakitangan akademik semasa mesyuarat hingga menimbulkan suasana kacau bilau di fakulti.

 

17-   Menyuruh pereka mengajar di kelasnya sedangkan pereka tersebut tiada sijil Masters atau PhD.

 

18-   Menipu pelajar undergrad untuk menyiapkan filem monsoon hingga pelajar tersebut gagal dalam subjek lain. Akhirnya memaksa staf akademik memberikan markah tinggi kepada pelajar tersebut walaupun tidak hantar assignment.

 

19-   Menipu ibu bapa di hari orientasi dengan mengatakan halatuju fakulti ialah muzik dan tarian.

 

20-   Menipu pelajar di hari orientasi bahawa mereka bebas untuk berambut panjang demi untuk berfesyen dalam filem.

 

21-   Menukar pereka Encik Fariz ke kampus pengkalan Chepa tapi menipu dengan mengatakan beliau dipinjamkan ke sana.

 

22-   Mewujudkan ketegangan kaum dengan mempertikaikan apakah motif sebenar Cina (merujuk kepada Dr Tan) datang ke UMK sedangkan beliau dapat offer ke universiti di Singapore.

 

23-   Menipu staff akademik dan TNC bahawa jadual dibuat oleh staff akademik sendiri berasaskan kehendak setiap ahli akademik (apa kursus yang mau diajar, bila, di mana) sedangkan jadual dibuat oleh dekan hanya 2-3 orang staff pilihannya di resort Vila Danialla.

 

24-   Mengelirukan staff akademik bahawa calon pelajar master/phd perlu lulus defense proposal sebelum diterima masuk di fakulti.

 

25-   Membiarkan lab komputer diguna 24 jam oleh pelajar hingga mereka makan/minum/tidur dalam lab tersebut tanpa sebarang kawalan walaupun ditentang oleh sebahagian besar ahli akademik.  Beberapa orang pelajar ditangkap kerana berdua-duaan lelaki perempuan sekitar jam 2,3,4 pagi.

 

26-   Mewujudkan suasana berpuak-puak di kalangan staff hinggakan terjadi kes ugutan bunuh yang menjadi kes polis.

 

27-   Merekabentuk dan membina sebuah kantin tanpa merujuk kepada infra atau JKR, iaitu kantin yang luas dan selesa tapi hanya ada 4 tiang lalu runtuh ditiup angin, kos kerugian anggaran RM120k.

 

28-   Menghina professorial talk yang disampaikan oleh Prof Farok sebagai ‘lekeh’.

 

29-   Memberikan kenyataan mengelirukan di depan pelajar dan staff akademik, iaitu Prof Haron telah memohon untuk keluar dari UMK dan berkhidmat di tempat lain sedangkan prof Haron masih setia mengajar di FTKW dan sibuk dengan penyelidikannya di sini.

 

30-   Memeras ugut staf pangkat rendah/contract bahawa mereka perlu ikut saja arahannya tak kira tempat atau masa seperti kena buat kerja sampai malam atau di hujung minggu tanpa claim overtime.

 

31-   Menipu dalam mesyuarat fakulti bahawa Fakulti boleh membuat dan menawarkan program baru tanpa kelulusan MQA.

 

32-   Memaksa staff akademik mengajar subjek yang tidak pernah dipelajari dalam hidupnya.

 

33-   Mengelirukan staff akademik dengan menyamakan bidang kajian dan kepakaran. Bahkan beliau menentukan ‘kepakaran’ seseorang ahli akademik.

 

34-   Mengutuk tukang cuci sebagai pemalas.

 

35-   Tidak membuat kajian pasaran untuk setiap program baru yang ingin ditawarkan.

 

36-   Mengelirukan staff akademik dengan menyamakan Teniat dengan Istana, sedangkan maksud sebenar Teniat ialah pentas.

 

37-   Tidak telus dengan pembinaan Teniat kerana tiada tender terbuka, sebaliknya dibuat secara runding terus.

 

38-   Memaksa staff yang berkelayakan dalam bidang architecture supaya menandatangani document pembayaran bangunan Teniat. Beliau enggan kerana prosess pembayaran tersebut amat meragukan dan tanpa document sah dari Infra.

 

39-   Membiarkan kontraktor pembuat bangunan bangunan Teniat campur tangan dalam urusan fakulti dengan menawarkan rasuah bernilai RM15k supaya document tersebut ditandatangani.

 

40-   Merendah-rendahkan staff akademik dengan mengatakan graduan tidak kompetent kerana staff akademik hanya berjaya  memberikan 6% skill yang diperlukan oleh pasaran.

 

41-   Memperbodohkan staff akademik dengan mengatakan beliau tidak tidur selama seminggu secara nonstop kerana memikirkan fasal fakulti sedangkan para ahli akademik lain di FTKW tidur sepuas puasnya.

 

42-   Memperbodohkan staff akademik dengan mengatakan FTKW mampu membuat dan menjalankan program ijazah sarjana muda Robotik dengan kepujian sedangkan pada masa itu hanya Dr. Khairul yang ada sijil engineering, itupun diperingkat undergrad, sedangkan masters dan phd dalam bidang pendidikan.

 

43-   Memberikan contoh samseng iaitu dengan memberitahu staff akademik bahawa beliau membaling dan memecahkan cenderahati yang diberikan oleh DBP di depan pegawai DBP kerana ia tidak direkabentuk dengan baik.

 

44-   Menipu staff akademik dan staff pentadbiran bahawa VC menyuruh beliau membuat filem drama yang berkisahkan budak kecil membesar dengan jayanya setelah belajar di UMK, filem tersebut dibuat untuk ditontonkan kepada Menteri Tan Sri Khaled Nordin, sedangkan dalam meeting VC memberitahu beliau mahu satu persembahan multimedia yang mantap dan menarik mengenai GERIC. Dato’ VC tanya, dengan menonton filem “leweh-leweh macamtu, orang boleh faham ke menate gapo GERIC”. Ayat tersebut keluar dari mulut sendiri yang cuba guna loghat Kelantan.

 

45-   Menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengganggu penduduk kampung berdekatan dengan membiarkan monsoon band menyanyi di tempat terbuka di waktu malam. Tuan Imam masjid Qaryah Kerasak menyatakan ketidakselesaannya terhadap ‘budaya mungkar’ ini.

 

46-   Mengutuk staff yang datang lewat ke meeting sedangkan beliau sendiri  sentiasa lewat berjam-jam sehingga ada meeting dibuat hingga hampir maghrib, ditangguhkan dan ada yang dibatalkan.

 

47-   Menghina dan memalukan PM Aziz Shuaib serta pensyarah bidang arkitek bahawa dokumen untuk tawaran program arkitek yang dihasilkan oleh mereka adalah ‘out-of-date dan tiada integrated intelligence’ dan dekan memaklumkan beliau hanya akan berurusan dengan Dr. Suriatini Ismail untuk berbincang mengenai program arkitek, sedangkan Dr. Suriatini tiada sebarang kelayakan akademik dalam bidang arkitek.

 

48-   Menimbulkan suasana tegang dan tidak tenteram dengan menghantar surat kepada PUJAKA supaya membuang 11 orang staff akademik FTKW yang didakwa malas dan tidak berkerjasama, sedangkan beliau tidak pernah memanggil staff tersebut untuk berbincang atau meminta staff memberi surat tunjuk sebab.

 

49-   Selalu mendakwa bahawa beliau dilantik oleh UMK menjadi seorang professor kerana kehebatan beliau menulis buku menggunakan sastera tinggi tapi beliau tidak mampu menunjukkan apa-apa buku akademik semasa professorial talk.

 

50-   Menggalakkan budaya brutal di kalangan ahli akademik seperti menyuruh Puan Hamizah membuat surat tunjuk sebab kenapa beliau ditengking oleh TDA sedangkan orang yang menengking tidak perlu menulis apa-apa surat tunjuk sebab. Oleh itu kebanyakkan staff akademik dan bukan akademik mematuhi arahan secara membuta tuli kerana tak mau ditenking.

 

51-   Mewujudkan suasana tidak harmoni di fakulti dengan melabelkan staf dengan label-label yang tidak sepatutnya seperti ‘orang PM Aziz’, ‘pensyarah lama’, ‘pensyarah bekas UITM’ dan lain lain lagi label.

 

52-   Mewujudkan suasana bermewah-mewah di fakulti dengan mengadakan dinner yang mahal-mahal, makan sambil menonton tarian serta mendengar lagu karaoke serta dilayan oleh pelajar.

 

53-   Menipu staff akademik dan pelajar bahawa fakulti graduan FTKW akan mendapat kerja dalam bidang yang dipelajari dengan mudah serta terjamin.

 

54-   Menimbulkan suasana kekecohan yang tidak perlu dengan mencadangkan supaya logo universiti yang ada sekarang ditukar kerana tidak menarik dan tidak lengkap, mahu menukar warna bangunan FTKW kerana dikatakan menyerupai warna bangunan UITM dan mahu menukar gate UMK kerana dikatakan lebih teruk dari gate sek Bachok.

 

55-   Membuat dakwaan murahan bahawa filem monsoon dan filem guruh akan ditayangkan di pawagam dan akan menjadi box office.

 

56-   Membuat kenyataan mengelirukan bahawa watak ‘Angry Bird’ dihasilkan oleh budak kecil sedangkan watak itu sebenarnya dihasilkan oleh pakar.

 

57-   Menipu Encik Mansor dan pegawai MDeC serta beberapa ahli akademik bahawa beliau ada seorang kawan yang boleh menghasilkan programming komputer dengan mudah dan cepat menggunakan ‘mockup’. Sedangkan sebenarnya semua program komputer dihasilkan dengan menggunakan programming languages.

 

58-   Membazirkan duit Negara sekitar RM10k dengan membeli meja snooker dan kemudian meletakkannya di tempat terbuka untuk diguna tanpa sebarang kawalan dan peraturan. Rosak teruk dalam masa kurang dari setahun.

 

59-   Membazirkan duit Negara berjumlah ribuan ringgit dengan membeli water cooler dan membiarkannya di halaman FTKW. Rosak dan tak boleh digunakan dalam masa kurang dari 3 bulan.

 

60-   Membazirkan duit Negara berjumlah ribuan ringgit dengan membeli layar screen bersaiz besar. Rosak dan dibuang setelah diguna hanya dua tiga kali.

 

61-   Membazirkan duit Negara berjumlah ribuan ringgit dengan membeli alat muzik tanpa merujuk kepada pakar, membiarkan student menggunakan secara bebas hingga rosak dan hilang tanpa rasa bertanggungjawab.

 

62-   Membazirkan duit Negara berjumlah hampir RM5k dengan membiarkan lab komputer diguna secara bebas dan terbuka 24 jam hingga mengakibatkan peralatan komputer hilang.

 

63-   Menggunakan title Engr Dr. kepada Dr. Khairul yang hanya ada ijazah pertama dalam bidang mechanical engineering, sedangkan gelaran Engr tidak digunakan dalam dunia akademik.

 

64-   Membiarkan budaya kasar berleluasa di fakulti seperti membiarkan TDA Dr. Khairul menengking staff bawahan tanpa sebarang teguran.

 

65-   Membiarkan budaya kasar berleluasa di fakulti seperti membiarkan Puan Anidah menyumpah seranah staff bawahan sebagai ‘anjing’ tanpa sebarang teguran.

 

66-   Membina Studio Monsun (aka kampus Badak) tanpa sebarang perbincangan di fakulti atau dengan INFRA, secara runding terus dan transaksi pembayaran yang sangat mencurigakan.

 

67-   Menawarkan program baru kepada pelajar tahun 2 dan tahun 3 sedangkan kelulusan kementerian ialah hanya kepada pelajar baru di tahun 1.

 

68-   Memberi ucapan yang mengelirukan berkenaan agama dalam meeting, iaitu menyamakan dirinya dengan nabi yang ada ramai musuh (merujuk kepada ahli akademik yang tidak mahu mengampunya).

 

69-   Memberi ucapan yang mengelirukan berkenaan agama dalam meeting, iaitu mengatakan bahawa tuhan menurunkan hanya seorang nabi pada sesuatu masa (merujuk kepada dirinya yang didakwa bersendirian membangunkan fakulti) sedangkan sebenarnya ramai nabi yang diturunkan serentak pada sesuatu masa seperti nabi Musa dan nabi Haron alaihi salam.

 

70-   Memberi ucapan yang mengelirukan berkenaan agama dalam meeting, iaitu mengatakan bahawa tuhan menurunkan bala seperti kemalangan jalanraya ke atas staff dan keluarga mereka sekiranya staff terbabit tidak mengikuti arahannya.

 

71-   Memberi ucapan yang mengelirukan berkenaan agama dalam meeting hingga menyebabkan TDA Dr. Khairul selalu mengeluarkan statement bahawa staff akademik dan pentadbiran mesti mengikut segala arahan dekan ‘kerana Allah’,  walaupun arahan tersebut bersifat membazir, menyalahi MQA dan bersifat mengampu.

 

72-   Melantik Anidah sebagai Timbalan Dekan Yang Menjalankan Tugas sedangkan beliau hanya ada Masters dan kelulusan IELTSnya diragui atau belum lulus, juga pelantikan itu dibuat secara totalitarian tanpa sebarang perbincangan dalam mana-mana mesyuarat.

 

73-   Menyalahguna duit fakulti untuk tujuan professorial talk; guna lebih dari RM5k.

 

74-   Pergi ke Turkey dengan Anidah menggunakan duit fakulti yang didapati dengan cara yang amat mencurigakan hampir kesemua ahli akademik.

 

75-   Mengaku jadi juri di Cannes film festival yang diadakan di Cannes, France tapi tidak dapat mengemukakan apa apa bukti.

 

76-   Mengaku jadi pakar rujuk di Eminem music, tapi tidak dapat mengemukakan apa apa bukti.

 

77-   Mengaku terlibat sebagai pakar dalam penerbitan film Avatar tapi tidak dapat mengemukakan apa apa bukti.

 

78-   Menyalahguna minggu 3M dengan menayang video nyanyian monsun Band kepada pelajar baru. Sepatutnya tayang video berkenaan universiti UMK, video berkenaan fakulti dan video berkenaan program yang ditawarkan oleh fakulti.

 

79-   Salah guna kuasa mengambil beberapa pelajar undergrad yang akan convo tak lama lagi sebagai pensyarah sambilan sedangkan mereka tiada Masters atau PhD. Mengikut MQA pensyarah mesti memiliki sekurang-kurangnya Masters.

 

80-   Membiarkan kecelaruan berlaku dengan membiarkan Anidah mengeluarkan statement bahawa beliau adalah seorang yang amat hebat dalam bidang warisan hingga sebuah universiti Australia menganugerahkan ‘honorary masters’ kepadanya ketika meeting bersama NGO Seminar Peradaban Melayu.

 

81-   Membiarkan kecelaruan berlaku dengan membiarkan Anidah mengeluarkan statement bahawa Prof Haron ditamatkan perkhidmatannya dan hanya berada di UMK untuk beberapa hari lagi sebelum kena tendang.



82-   Membuat kenyataan yang mengelirukan dalam mesyuarat bahawa beliau akan menjemput Rosyam Nor, Yuna, Aznil Nawawi dan beberapa celebriti untuk mengajar di FTKW, tanpa menjelaskan dari mana sumber duit untuk membayar puluhan ribu RM jika mereka datang mengajar.

 

83-   Memaksa staff baru (baru setahun dua dapat masters, tiada pengalaman mengajar) membuat document untuk program baru hingga mereka terpaksa copy paste dari internet tanpa pemahaman, sedangkan mengikut MQA ia perlu disediakan oleh pensyarah yang berkelayakan tinggi dan berpengalaman.

 

84-   Memberikan professorial talk yang mengelirukan kerana bercakap berkenaan futurism sedangkan kelayakan akademik dalam bidang film study.

 

85-   Merosakkan bahasa Melayu dengan menggunakan pelbagai istilah yang tidak diendorse oleh DBP seperti dekanat, prasada, adiluhung, menterjemahkan “menu” sebagai ‘kaki langit’ dan pelbagai lagi yang mencelarukan pemahaman staff dan mendapat kritikan dari dalam dan luar fakulti.

 

86-   Mencelarukan fakulti dengan membiarkan staff kesayangannya iaitu TDA Khairul mengeluarkan statement ‘saya akan ikut semua arahan dekan’, iaitu tanpa mengira adakah arahan tersebut logic, legal, serasi dengan MQA atau sebagainya.

 

87-   Mencelarukan fakulti dengan membiarkan staff kesayangannya iaitu TDA Khairul mengeluarkan statement ‘boleh menipu dengan niat supaya staff buat kerja’.

 

88-   Mengambil terlalu ramai student di Jabatan Warisan dalam intake terbaru dan memberikan mereka impression bahawa mereka tak perlu bimbang kerana FTKW ada ramai pakar dalam warisan dan peluang kerja terjamin. Siapakah pakar tersebut? Dan sumber mana yang mengatakan peluang kerja dalam bidang warisan terjamin?

 

89-   Mengamalkan budaya totalitarian iaitu tidak membenarkan pensyarah bercakap dengan pelajar berkenaan fakulti contohnya mengenai jadual kelas, sekiranya ada, pelajar tersebut akan dipanggil dan dibrainwash bahawa mereka didapati bersalah kerana menghasut. Pensyarah juga akan diugut dan dilabelkan sebagai penghasut.

 

90-   Mengeluarkan statement dalam mensyuarat Fakulti dan mesyuarat jabatan Warisan bahawa beliau terpaksa mentadbir secara komunisme kerana dakwaannya pentadbiran secara demokrasi tidak berkesan.  Kenyataan ini sangat bersalahan dengan dasar Negara kita iaitu demokrasi beraja.

 

91-   Selalu mencegah pensyarah dari berbual pasal fakulti sesama mereka, bahkan mereka diingatkan keputusan dari dekan adalah terbijak dan perlu dituruti tanpa sebarang pendapat kedua. Seterusnya menyatakan hanya beliau dan TDA Dr. Khairul yang berhak bercakap fasal fakulti.

92-   Memberikan contoh salah kepada Anidah dari segi budaya  ugut mengugut, sehingga Anidah selalu mengugut staff Warisan bahawa beliau tidak akan meluluskan staff kontrak dari menyambung khidmat mereka jika mereka tidak mengikut segala arahannya. Sedangkan Anidah sendiri tiada sebarang pengalaman mengajar dan mentadbir  sebelum bertugas di UMK, bahkan belum layak untuk pergi membuat PhD kerana penulisan bahasa inggerisnya sangat lemah dan tidak mampu membuat proposal untuk mendapat tempat PhD di mana-mana universiti.

93-   Menipu semua ahli akademik dan pelajar dengan memberikan impression bahawa pasukan pengukir dari FTKW memenangi pertandingan mengukir ais di Harbin Cina dan mendapat grand prize di peringkat international, sedangkan sebenarnya pasukan FTKW hanya memenangi kategori pelajar undergrad di peringkat collegiate sahaja, sebagaimana yang tertulis pada sijil.

94-   Berulang-ulang kali memberikan kenyataan bodoh sombong iaitu bahawa beliau adalah dekan pertama di Malaysia yang tidak akan menandatangani permohonan dari pelajar PhD untuk extension sedangkan itu hak mereka dan terjamin dalam akta.

95-   Berulang-ulang kali memberikan kenyataan bodoh sombong iaitu ahli-ahli akademik di FTKW tidak ada kemahiran untuk mengajar teknologi kreatif sehingga beliau dan TDA Dr. Khairul terpaksa membuat 22 program baru supaya ahli akademik dapat mengajar dan tidak dibuang. 

96-   Berulang-ulang kali memberikan kenyataan bodoh sombong “mustahil seorang professor tak tahu”.

97-   Berulang-ulang kali memberikan kenyataan bodoh sombong iaitu “kalau awak nak jadi dekan, awak duduk di kerusi saya ni”.

98-   Membuat kenyataan dangkal bahawa beliau pernah menjalani pembedahan usus perut hingga sebahagian ususnya terpaksa dipotong tapi the next day terus datang berkerja di FTKW kerana sayangkan fakulti. 

99-   Menimbulkan perasaan tidak tenteram staff akademik dan pentadbiran kerana selalu dihubungi dan didatangi pelbagai kontraktor, pembekal dan caterer makanan untuk meminta bayaran yang dah lama tertunggak.

100-                      Penyalahgunaan duit semasa Conference Siberologi hingga menyebabkan honorarium yang dijanjikan kepada peserta masih tidak dapat dibayar hingga hari ini.

101-                      Membuat kenyatakan mengelirukan bahawa beliau mendapat offer jawatan professor dari UMK dan juga dari UM, tapi offer UMK sehari lebih awal dari offer UM, maka beliau memilih untuk menerima offer dari UMK. Sedangkan mengikut maklumat dari UM, UM tidak pernah offer jawatan tersebut kepada beliau bahkan beliau tidak layak untuk memohon kerana gagal menulis sebarang buku bersifat akademik sepanjang kerjayanya sebagai pensyarah, dan grant penyelidikkan yang didapatinya kebanyakkannya hanya diperoleh dari grant permberian syarikatnya sendiri iaitu Zentrum.
 
102-                      Menyalahguna kuasa dan melakukan pembaziran ruang dengan menukar bilik meeting fakulti yang luas menjadi ofis peribadinya.

103-         Memiliki tandas peribadi kerana tidak mau berkongsi dengan staff akademik lain tanpa menyatakan akta mana yang membenarkan seorang dekan berhak memiliki tandas peribadi.  

104-        Membuat pengakuan yang tidak bertanggungjawab iaitu mengaku dengan bangganya bahawa beliau memandu dengan kelajuan 220KM sejam dari Kota Bharu ke kampus Bachok untuk segera sampai. Sebagai pegawai kerajaan, ini adalah satu pengakuan yang sangat tidak bertanggungjawab kerana beliau sengaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Beliau patut didakwa di mahkamah dan dipenjarakan bila sabit kesalahan.

105-        Membuat pengakuan yang tidak bertanggungjawab iaitu mengaku dengan bangganya mengaku bahawa beliau dan TDA Dr. Khairul memandu dengan kelajuan 220KM sejam dari Trengganu ke Pengkalan Chepa. Sebagai pegawai kerajaan, ini adalah satu pengakuan yang sangat tidak bertanggungjawab kerana mereka sengaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Mereka berdua patut didakwa di mahkamah dan dipenjarakan bila sabit kesalahan.

106-        Menghabiskan masa staff akademik dan staff pentadbiran secara sia-sia kerana menyuruh mereka menyediakan document untuk menubuhkan jabatan Philosophy yang beliau dakwa sebagai sangat penting dan amat diperlukan oleh Negara. Namun kemudian secara tiba-tiba beliau bagitahu jabatan Philosophy tidak diperlukan dan beliau melupuskan semua document yang telah disediakan. 

107-        Mengelirukan staff akademik dan pentadbiran dengan pernah mengeluarkan statement bahawa Jabatan warisan perlu dibuang dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan kerana dakwanya perkataan warisan dlm transcript akan menyebabkan para graduan akan susah mendapat peluang pekerjaan. Namun tidak lama selepas itu beliau mengatakan bahawa jabatan warisan sangat penting dalam fakulti ini dan mesti diteruskan.

108-        Mewujudkan ketegangan kaum dengan menyatakan bahawa beberapa orang staff akademik berbangsa Melayu adalah pemalas tapi jadi rajin hanya setelah kewujudan beberapa orang staff akademik berbangsa Cina di fakulti.

109-        Membuat dakwaan bahawa beliau sangat berjasa kepada masyarakat Tangok seperti memanggil dan menasihatkan mat rempit di Tangok agar mereka insaf dan jadi manusia berguna. Mengikut interview yang dijalankan oleh pegawai akademik FTKW, mat rempit di Tangok mengaku tidak pernah dipanggil oleh dekan FTKW.

110-        Menipu Dr. Zukeri Ibrahim dua kali bahawa markah penilaian prestasi yang diberikannya iaitu 56 adalah dummy bertujuan untuk testing sistem komputer sahaja dan tidak direkodkan di mana-mana tempat. Sedangkan mengikut sistem komputer staff pentadbiran, markah tersebut benar-benar terdapat dalam sistem komputer UMK. 

111-        Menipu Dato’ VC dengan menyatakan bahawa Dr. Zukeri Ibrahim adalah seorang yang teruk, tidak bertanggungjawab dan tidak berkerjasama untuk membangunkan fakulti, lalu seterusnya mempengaruhi VC untuk endorse markah prestasi 56 yang beliau telah berikan. Sedangkan markah itu diberikan kerana Dr. Zukeri selalu menegur salah lakunya di fakulti dan kerana Dr. Zukeri tidak mengampunya. Dr. Zukeri Ibrahim adalah junior Dato’ VC semasa membuat PhD di University of Leeds, pernah mengajar di UPM bersama dato’ VC, mendapat pengiktirafan kecermelangan akademik dengan menerima Skim Pelajar Cemerlang untuk Masters dan PhD, pernah mengajar di UK, Jordan dan Oman. Pendek kata, beliau bukan seorang budak kampung yang baru dilahirkan semalam. 

112-        Menipu Dato’ VC bahawa Anidah adalah seorang ahli akademik yang cemerlang sehingga Dato’ VC endorse markah prestasi yang tinggi untuk beliau.  Sedangkan beliau hampir gagal masa menyiapkan Masters, hingga kini masih belum menunjukkan sijil IELTS untuk menunjukkan her English competency, masih gagal untuk menyiapkan prososal untuk PhD dan masih gagal untuk mendapatkan tempat untuk buat PhD dari mana-mana universiti walaupun dah lebih 3 tahun berkhidmat di UMK. Tidak pernah terlibat atau menyiapkan mana mana grant penyelidikan sepajang masa berkhidmat di UMK. Survival di UMK hanya secara mengampu.

113-        Mengucapkan kata-kata kabur dan menakut-nakutkan staff akademik dan admin dengan menyatakan bahawa: (tanpa sebarang bukti hitam putih)

-          “VC berbisik kepada saya supaya menawarkan 22 program baru”

-          “VC berbisik kepada saya supaya menghasilkan filem drama yang mengisahkan seorang budak kampung yang berjaya untuk dipertontonkan kepada Tan Sri Khaled Nordin”

-          “VC berbisik kepada saya supaya menyiapkan pembinaan Teniat secepat mungkin tanpa memikirkan pasal kos”

Adakah betul terdapat arahan dari dato’ VC kepada fakulti dalam bentuk bisikan? Perkara ini sangat meragukan ahli akademik dan staff pentadbiran.

 
114-        Memperdayakan staff akademik dengan menyatakan bahawa computer windows akan pupus dalam masa dua tiga tahun lagi dan semua komputer Windows perlu ditukarkan ke komputer Apple. Beliau mencadangkan semua komputer windows di fakulti dihapuskan dan diganti dengan semua computer Apple sekalipun computer apple lebih mahal dan software P&P kebanyakkan dalam versi Windows.

115-        Dengan salah melantik TDA Dr. Khairul sebagai pengajar dan penyelaras Kursus Asas Multimedia sedangkan Dr. Khairul tidak memiliki sebarang sijil akademik untuk mengajar dan menyelaras kursus tersebut.  Beliau ada first degree mechanical engineering dan Masters serta PhD dlm pendidikan. Maka mengikut MQA, beliau tiada kelayakan akademik untuk mengajar atau menyelaras kursus multimedia.
 
116-        Menipu staff akademik dengan menyatakan software Adobe Photoshop versi Apple “completely different” dari software Adobe Photoshop versi Windows, sedangkan sebenarnya hanya terdapat perbezaan kecil pada interface sahaja.

117-        Membiarkan dan mengalakkan budaya percampuran bebas pelajar lelaki dan perempuan di FTKW sehingga ibubapa pelajar menyatakan kerisauan mereka, pihak security juga selalu terserempak pelajar berdua-duaan di tempat gelap, bahkan ada staff yang telah berjaya menangkap dua orang pelajar yang sedang melakukan hubungan seks dalam keadaan telanjang bulat.

118-        Memberikan arahan bodoh sombong kepada staff akademik dan staff admin supaya pergi menyiapkan dewan Kelantan Trade Centre seminggu lebih awal untuk satu event santapan diraja. Sedangkan pada masa itu dewan tersebut fully booked dan hanya free sehari sebelum event. Pengurus dewan KTC rasa terganggu dan terkilan kerana staff FTKW datang awal kerana ia dapat mengganggu majlis lain yang sedang berlangsung di dewan tersebut.

119-        Menyalahguna kuasa dengan mengarahkan staff akademik supaya memberikan markah dlm bentuk bell shape, iaitu memaksa staff menambah atau mengurangkan markah untuk memastikan bentuk bell shape terhasil.

120-        Membuat kenyataan yang amat menyalahi peraturan akademik iaitu mesti memberi markah lulus kepada pelajar yang membuat projek tahun akhir, sekalipun pelajar tersebut melakukan plagiat hampir 100% atau membuat laporan akhir hanya sebanyak 3 baris.

121-        Mempermain-mainkan staff akademik dan staff admin dengan mengatakan bahawa masa interview minta kerja di UMK mereka mengaku akan sanggup mengikut segala arahan dekan tapi sekarang mereka enggan.  Phrase “akan sanggup mengikut segala arahan” telah disalahguna secara bermaharajalela oleh dekan, seperti mereka mesti mengajar walaupun tiada masters, menghadiri meeting yang sengaja di buat di malam buta dan di hujung minggu tanpa sebab munasabah, menyokong pembinaan Teniat walaupun tiada tender terbuka, mengikut arahannya meluluskan pelajar yang gagal dll.

122-        Mengeluarkan kenyataan bodoh sombong dalam mesyuarat iaitu “saya yang mengajar pihak MQA mengenai kelulusan program baru, bukan mereka yang mengajar saya”.

123-        Menghantar email kepada staff akademik dan admin dengan nada kutukan dgn mengatakan mereka cuai kerana tidak terlibat dalam pembinaan pentas kayu laman monsun, sedangkan pembinaan tersebut 100% melibatkan kontraktor luar dan ahli akademik dan pentadbiran tidak dijemput, bahkan urusan pembinaan pentas kayu tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat dan dilakukan secara runding terus, bukan secara tender terbuka.

124-        Mengutuk prof Haron dalam meeting sebagai tidak bertanggungjawab dan pemalas kerana gabung kelas. Sedangkan sebenarnya penggabungan kelas terpaksa dilakukan kerana jadual pengajaran yang diberikan kepada beliau oleh pejabat dekan penuh dengan pertindanan seperti terpaksa mengajar 3 kelas yang berlainan, pada satu masa yang sama tapi di tempat-tempat yang berlainan. Ini memberikan impression bahawa ahli akademik yang pemalas tapi ia sebenarnya berlaku kerana kebodohan dekan yang tak pandai buat jadual.

125-        Mengutuk Prof. Farok sebagai sebagai seorang professor yang tiada pengetahuan mendalam dalam bidangnya kerana prof. Farok mempunyai kelayakkan-kelayakan akademik dalam bidang yang berlainan. 

126-        Mendakwa dijemput khas untuk mengajar di UMK sedangkan ahli akademik lain merayu-rayu untuk dapat kerja di UMK. Sedangkan mengikut maklumat, beliau juga pernah dilihat berbaris seperti orang lain semasa menghadiri interview di masa pentadbiran Prof Zainai.

127-        Selalu mendakwa hanya beliau, Dr. Khairul, Anidah dan Dr. Suriatini yang membuat 22 program baru sedangkan semua yang lain adalah pemalas dan tidak terlibat. Apa kemahiran yang 4 orang itu ada hingga dapat menawarkan 22 program baru di UMK? 

128-        Membuat permohonan penawaran 22 program baru ke Kementerian tanpa menyerahkannya kepada PUJAKA untuk disemak sehingga ditegur beberapa kali oleh Prof. Rosli tapi diabaikan dengan mendakwa bahawa beliau lebih bijak dari prof Rosli dan dokumen yang beliau hasilkan boleh dipresent direct ke kementerian tanpa merujuk kepada PUJAKA.

129-        Membiarkan Dr. Khairul menipu bahawa beliau melakukan apa saja di FTKW “kerana Allah” tapi hakikat sebenarnya beliau  sanggup melakukan apa saja kerana sijil akademiknya (bidang pendidikan) tidak sesuai untuk terus kekal di FTKW maka terpaksa mengampu untuk sah jawatan dan dapat kerja di Kelantan, walaupun UMK tiada fakulti pendidikan. Kalau betul “kerana Allah”, pasti beliau tidak bersubahat dalam salah laku akademik dan salah guna kewangan fakulti utk tujuan bermewah-mewah dan membazir. Beliau tidak pernah menegur salah laku dekan dalam mana-mana mesyuarat.

130-        Membiarkan Anidah menipu bahawa beliau dahulu pernah berkerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) tapi sanggup berhenti dari kerja tersebut kerana ingin membangunkan Jabatan Warisan, sedangkan tiada rekod yang menyatakan bahawa beliau pernah berkerja sebagai PTD dan datang ke UMK dengan memiliki first degree. Mana mungkin orang yang ada first degree dapat membangunkan sebuah jabatan Warisan di sebuah pusat pengajian tinggi. Mengikut rekod, beliau hampir gagal semasa Masters dan terpaksa menghabiskan masa 5 tahun untuk menyiapkan Masters.

 
131-        Membiarkan Anidah membuat kenyataan bodoh sombong kepada pensyarah Jabatan Warisan bahawa beliaulah yang membangunkan Jabatan Warisan, oleh itu beliau mendakwa bahawa beliau sangat berjasa kepada UMK kerana dapat memberikan peluang pekerjaan kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Warisan. Mana mungkin orang yang datang bekerja di UMK dengan memiliki first degree dapat membangun sesebuah jabatan di insitusi pengajian tinggi. Jabatan Warisan dibangunkan oleh professor-professor dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang dari seluruh Negara.

132-        Pernah melantik Dr. Suriatini sebagai dekan fakulti architecture walaupun Dr. Suriatini tiada sebarang kelayakan akademik dalam bidang architecture, lalu memberikan gambaran salah kepada UMK sehingga UMK pernah mengeluarkan surat tawaran pengajian dalam bidang architecture kepada pelajar intake baru.

133-        Menukar penyelia pelajar pascasiswazah sesuka hati tanpa sebarang persetujuan dari penyelia asal.

134-        Mendakwa mempunyai 11 syarikat di Kuala Lumpur dan memperoleh pendapatan RM200k sebulan tapi ditinggalkan demi untuk datang ke UMK dan membantu fakulti Teknologi kreatif dan warisan. 

135-        Menyalahguna kuasa dalam mesyuarat peperiksaan dengan mengarahkan staf akademik supaya markah seorang pelajar berbangsa Cina dinaikkan dari  F ke A dan beliau menuduh staff akademik mempunyai ‘sentimen perkauman’ kerana memberi markah rendah. Sedangkan sebenarnya markah rendah diberi kerana pelajar tersebut langsung tak hantar assignment kerana kesuntukan masa kerana sibuk mengedit filem monsun yang diarah oleh dekan. Tidak timbul isu sentiment perkauman sebenarnya.

136-        Mendakwa amat memahami berkenaan MQA kerana telah terlibat dengan MQA selama 15 tahun sedangkan umur MQA baru 10 tahun. MQA ditubuhkan pada 2-11-2007.

137-        Mendakwa mempunyai kuasa untuk mendapat kelulusan overall MQA untuk sebuah fakulti lalu apa-apa program baru yang ditawarkan oleh fakulti itu diiktiraf oleh MQA, maka dakwaan itu telah memperdayakan pensyarah-pensyarah muda untuk membuat 22 kertas kerja untuk 22 program baru tanpa mengikut format MQA 01. Oleh itu, kesemua 22 kertas kerja yang dihasilkan mempunyai format dan standard yang berlainan antara satu sama lain dan amat mengelirukan.

138-        Mendakwa dalam mesyuarat fakulti bahawa Universiti Malaya pernah mengarahkannya mengajar kursus yang di luar kelayakkannya iaitu Kursus Rhetorik.  Oleh sebab itu, beliau merasakan layak menyuruh ahli akademik FTKW mengajar apa-apa kursus sekalipun yang belum pernah dipelajar seumur hidup.

139-        Mendakwa ilmu logiknya sangat tinggi sehingga fakulti sains komputer UM memintanya mengajar kursus logic kepada pelajar sains komputer tahun 3.

140-        Membiarkan pelajar merokok dalam bilik editing dengan alasan supaya pelajar mudah mendapat idea semasa merokok, akibatnya bilik editing berbau hapak dan penuh dengan abu dan punting rokok. 

141-        Menyuruh pelajar kursus Rekabentuk Struktur Naratif menghasilkan sebuah filem panjang sebagai assignment. Sedangkan learning outcome kursus tersebut ialah pembuatan skrip, storyboard, penceritaaan dan character. Course info (BF2) dan project brief bagi kursus tersebut tidak diberikan kepada pelajar sebagai rujukan. Akibat beban pembuatan filem tersebut, pelajar gagal memberikan tumpuan pada kursus-kursus lain hingga mendapat result yang teruk.

142-        Mendakwa beliau adalah seorang qari dalam mesyuarat fakulti dan menyatakan bahawa pelajar FTKW lah yang sepatutnya yang membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada permulaan majlis convocation. Sedangkan amat jelas beliau selalu salah makhraj bila membaca selawat ke atas nabi. Mana mungkin seorang qari boleh salah makhraj. 

143-        Selalu mendakwa pensyarah mesti mempunyai ciri “integrated intelligence” yang dimaksudkan boleh mengajar pelbagai kursus sekalipun yang belum pernah dipelajari seumur hidup, sedangkan MQA mensyaratkan bahawa seorang pensyarah mesti pernah mempelajari subject yang ingin diajar.

144-        Menipu pelajar tahun akhir bahawa product yang mereka ingin hasilkan dalam project tahun akhir mesti boleh dijual di peringkat national dan international.

 
145-        Selalu memakai rayban hitam masa meeting rasmi hingga staff akademik dan staff admin sukar melihat matanya untuk mengetahui adakah dia sedang bercakap benar atau sedang menipu.


146-        Menyalahguna kuasa dengan memaksa staff menghadiri Floria di Putrajaya tapi tidak membenarkan staff membuat claim penginapan.
 

147-        Membiarkan TDA Dr.Khairul menyalahguna student practical untuk mengisi markah ke dalam sistem Ecomm sedangkan student practical tidak layak untuk mengisi markah sehingga student tersebut bertanya mengapa mereka dilayan seperti kuli.

 

148-        Membiarkan TDA Dr.Khairul menindas student U.I.A yang melakukan practical supaya melakukan kerja-kerja perkeranian yang langsung tiada kaitan dengan bidang pengajiannya iaitu sains komputer sehingga student tersebut mengalami tekanan emosi yang teruk. Student itu juga diugut supaya senyap dan terus melakukan tugas perkeranian jika mau markah penilaian yang baik atau dihalau saja dari fakulti.

149-        Membiarkan Dr. Khairul mengajar kelas technical drawing tapi banyak ponteng mengajar hingga ramai student yang gagal dan mendapat markah yang rendah.

150-        Menggunapakai jadual  yang dibuat oleh Dr. Khairul yang penuh dengan kecelaruan tapi membuang jadual yang dicadangkan oleh ahli-ahli akademik.
 

151-        Menggalakkan budaya keganasan di fakulti dengan membiarkan TDA Dr. Khairul menakut-nakutkan staff dengan berkata bahawa beliau tidak takut kepada mana-mana staff kerana mempunyai adik yang baru je memukul orang sampai hampir mati.  Pengakuan perlakuan jenayah ini hendaklah dilaporkan kepada polis dan disiasat kerana ia adalah sah dan diucapkan di sebuah insitusi pengajian tinggi.

152-        Anidah telah mengaku beberapa kali dalam mesyuarat di FKTW bahawa beliau adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik tapi telah menipu UMK dengan tidak mengisytiharkan bahawa beliau bekas pegawai PTD di dalam borang permohonan kerja di UMK. Kerana penipuan ini, minta UMK menamatkan jawatannya dalam masa 24 jam, memulangkan segala gaji dan imbuhan yang diterima sepanjang berkhidmat di UMK dan dipenjarakan kerana menipu.

153-        Dekan membuat jadual yang amat dangkal iaitu ada staff baru yang mengajar 6, 7 atau 8 kursus yang berlainan. Oleh itu mereka terpaksa mengajar pagi, petang dan malam.

154-        Dekan dengan sedar menyokong pengesahan jawatan TDA Dr. Khairul sekalipun beliau tahu bahawa Dr. Khairul memiliki pelbagai sifat negatif seperti mempergunakan agama, menengking staff akademik dan pentadbiran serta menakut-nakutkan staff dengan kelakuan jenayah yang dilakukan oleh adiknya.
 
155-        Membiarkan TDA Dr. Khairul membuat pelbagai 22 program baru sedangkan beliau sedar bahawa kelayakkan akademik Dr. Khairul hanya mempunyai sedikit kaitan dengan program-program tersebut (first degree dalam bidang mechanical engineering dan masters/PhD dalam bidang pendidikan). Ketidaklayakkan ini juga disebabkan kerana beliau hanya ada 2 tahun pengalaman mengajar di universiti dan tidak memiliki IELTS untuk membuktikan competency bahasa inggerisnya.



Disebabkan faktor-faktor salahlaku dan penipuan akademik tersebut, saya sesungguhnya rasa beliau tidak layak untuk memijakkan kakinya ke UMK lagi.

 
Saya dengan tegasnya memohon UMK:

1-      Menarik balik gelaran professor yang dianugerahkan kepadanya dengan alasan terkhilaf atau tersalah lantik. Kesalahan akademik iaitu menipu dalam thesis tidak boleh dimaafkan. Bahkan tidak dapat menunjukkan sebarang buku ilmiah tulisannya sebagai bukti keilmuannya.

2-      Lucutkan jawatan dekan kerana jelas telah melakukan pelbagai kesalahan dari segi akademik, pentadbiran, kewangan dan lain-lain.

3-      Menghubungi dan menasihatkan universiti Viena supaya membatalkan sijil PhDnya kerana penipuan akademik tersebut.
 
4-      Memangil SPRM supaya menyiasat penyalahgunaan kuasanya dari segi pembaziran duit rakyat iaitu membuat runding terus pembinaan Teniat, campus Badak, pentas kayu halaman monsun dan kantin yang telah roboh.
 
5-      Membuat laporan polis kerana menggunakan nama tuanku KDYM baginda AlSultan Kelantan dengan niat jahat di fakulti.

6-      Menghubungi pihak istana supaya bertindak seperti menghalau dekan dari negeri Kelantan.

7-      Mendakwa beliau di mahkamah kerana membuat penipuan ilmiah sehingga semua gaji dan imbuhan yang didapati sepanjang berkhidmat dengan kerajaan dipulangkan, dan seterusnya dipenjarakan di bawah akta menipu.

8-      Meminta beliau bertaubat kerana telah menzalimi ramai staf akademik dan bukan akademik sehingga dibuang kerja, tidak disambung contract, bertukar tempat kerja kerana tekanan melampau, dinafikan hak untuk mendapat extension masa buat PhD, memberikan penilaian prestasi yang sangat rendah dan lain-lain lagi kezaliman yang tak masuk akal.

 
·         Laporan kepada Dato’ VC
·         Laporan kepada polis
·         Laporan kepada Majlis Professor Negara
·         Laporan kepada kementerian pendidikan
·         Laporan kepada istana negeri Kelantan
·         Laporan kepada SPRM
·         Salinan kepada semua ahli akademik FTKW
.         Salinan kepada semua staff pentadbiran FTKW  

No comments:

Post a Comment